Resepi buatan sendiri…lemak…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong Berkuah Telur

Resepi buatan sendiri…lemak…

BAHAN-BAHAN

  • 600 gm sotong (potong kecil)
  • 1 biji telur (boleh tambah telur jika mahu)
  • 1 biji bawang besar (hiris memanjang)
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 biji cili besar merah (2 utk ditumbuk dan 2 lagi untuk hiasan)
  • 2 cm hlia (dihiris halus/memanjang)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 @ 1 cawan air
  • Garam dan gula (secukup rasa)
  • Minyak masak untuk menumis
  • *Boleh titikkan serai untuk menambah rasa wangi
  • *Bahan yang ditumbuk tidak perlu ditumbuk terlalu halus
CARA PENYEDIAAN
  • Tumiskan bawang besar dan halia.Biarkan seketika.
  • Masukkan pula bahan yang ditumbuk dan biarkan sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan sedikit serbuk kunyit dan sedikit gula.kacau rata.
  • Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian barulah masukkan sotong.Kacau rata dan tutup kuali dalam masa 2 minit sahaja.
    (*jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat).
  • Masukkan garam dan kemudian pecahkan telur.Kacau sebentar dan tutup api.Taburkan Hirisan bawang merah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN