resepi dari internet,untuk pengemar snow ball dan kacang tanah.walaupun semalaman tetap lembut.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Loh Mai Chi / Snow Ball

resepi dari internet,untuk pengemar snow ball dan kacang tanah.walaupun semalaman tetap lembut.

BAHAN-BAHAN

  • 200gm tepung pulut
  • 2 sdm tepung jagung
  • 300ml air
  • 2 sdm minyak kacang tanah ( saya guna minyak jagung )
  • 1 sdt pandan pes
  • Inti:
  • 200gm kacang tanah (goreng) dan kisar jangan halus biar kasar sedikit(chunky)
  • 100gm gula putih
  • 1 cwn tepung beras (goreng tanpa minyak hingga ringan,5 minit)
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan pengukus,didihkan air.
  • Satukan dan ayak tepung pulut dengan tepung jagung ke dalam mangkuk yang tahan panas.
  • Satukan air dengan pandan pes,masukkan ke dalam tepung tadi gaul sebati hingga tiada ketulan tepung.
  • Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati.
  • Tutup mangkuk dengan foil dan kukus sehingga masak(lebih kurang 30 minit)
  • Setelah masak keluarkan dari pengukus,ketepikan foil gaul doh pulut agar sebati dengan minyak dan sejukkan sekejap.
  • Cara saya agar tidak melekit,masukkan tangan kiri dengan plastik saiz 5/8,celup sudu dengan air ambil sesudu makan doh pulut tadi letakkan di tapak tangan yang beralas plastik,basahkan jejari kanan leperkan doh pulut kemudian masukkan 3 sdt inti kacang tanah dan tutup doh pulut kemaskan.(jika melekit basahkan lagi jejari kanan).
  • Uli ball yang berinti tadi dengan tepung beras goreng.buat lah..sehingga doh habis dan hidangkan.
  • Saya suka inti kacang yang tidak berderai nampak basah sedikit.Cara saya masakkan gula putih 100gm dengan sesudu makan air bagi kuning sedikit (jangan kuning sangat nanti pahit) tutup api,masukkan lagi 3-5 sdm air gaul bagi gula e tu cair.Tuangkan ke dalam kacang kisar sebatikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN