
Kalau anda dapat banyak daging korban, wajib cuba resepi daging perap ini sebab bahan yang digunakan sangat ringkas tapi rasanya padu. Daging pun lembut, juicy dan penuh rasa!
Biasanya, kunci utama daging perap yang sedap terletak pada tempoh perapan. Lagi lama anda perap, lagi meresap rasa semua bahan ke dalam daging. Bila dah grill nanti, aroma dia memang buat satu rumah lapar!
Resipi ini juga sesuai untuk buat BBQ santai dengan keluarga atau hidang waktu makan malam istimewa. Tak perlu bahan mahal, cuma guna apa yang ada di dapur saja dah boleh dapat hasil yang sangat memuaskan.
Baca juga: Cara Bersihkan Paru Supaya Tak Berbau Hanyir, Wajib Letak Satu Bahan INI Semasa Rebus
RESEPI DAGING PERAP GRILL & SOS PENCICAH THAI

Bahan perapan daging:
- Sos tiram
- Kicap manis
- Serbuk cukup rasa
- Lada hitam
- Gula perang
- Minyak masak
Bahan pencicah sos thai:
- Bawang putih*
- Cili api*
- Akar ketumbar*
- Daun ketumbar
- 3 biji limau nipis
- Sos tiram
- Sos ikan
(Bahan bertanda * ditumbuk atau dikisar kasar)
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan daging dan potong ikut saiz yang sesuai untuk grill atau bakar.
- Campurkan semua bahan perapan dalam satu bekas besar. Gaul rata sehingga daging bersalut sepenuhnya.
- Perap daging sekurang-kurangnya 2–4 jam. Kalau nak lagi sedap, perap semalaman dalam peti sejuk supaya rasa lebih meresap.
- Bila dah cukup masa, keluarkan daging dan biarkan seketika pada suhu bilik sebelum grill.
- Bakar atau grill daging sehingga masak dan bahagian luar sedikit karamelised.
- Untuk sos pencicah, tumbuk atau kisar kasar bawang putih, cili api dan akar ketumbar.
- Kemudian campurkan dengan sos tiram, sos ikan, daun ketumbar dan perahkan limau nipis. Gaul rata.
- Hidangkan daging grill bersama sos pencicah Thai tadi. Memang padu makan panas-panas!
Sumber: Thread azlina_ina_resepi
Baca juga: Tips Daging Cepat Empuk Guna Teknik 5:30:7, Ramai Dah Cuba Memang Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














