resepi tradisi keluarga…jadi fav 1 family…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tahu Tepung

resepi tradisi keluarga…jadi fav 1 family…

BAHAN-BAHAN

  • 2 cwn tepung gandum
  • 300ml air
  • 3 sdm santan pekat dlm kotak
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • secukup daun kucai dipotong 1” panjang
  • 1 btg timun dibelah 2 dan hiris
  • UTK KUAHNYA :-
  • 1/2 kg keledek warna oren
  • 750ml air
  • 2-3 sdm cili kisar
  • 150gm gula apom (gula timbang warna oren)
  • garam secukup rasa
  • beberapa keping tahu dipotong 2 menyerong dan dibelah 2 menipis
CARA PENYEDIAAN
  • adun tepung bersama telor, santan dan garam, masukkan air sedikit2 sehingga rata dan tidak bergentel.
  • ambil segenggam kucai campurkan kedlm adunan tepung tadi dan kacau rata.
  • panaskan minyak yg banyak dlm kuali mongkom (klau kuali leper tk boleh menjadi bentuknye), ambil sesenduk adunan dilengserkan perlahan2 ditepi atas kuali.
  • adunan akan melekat ditepi kuali dan selebihnye akan melongsor kedlm minyak, yg melekat dikuali akan menipis dan yg jatuh keminyak akan menjadi tebal .
  • siram2kan minyak pada adunan yg melekat tadi supaya menjadi longgar dan masuk kedlm minyak keseluruhannye, goreng dgn api kecil.
  • goreng hingga kekuningan, bahagian tipis akan menjadi garing dan warnanye lebih gelap sedikit. angkat dan toskan diatas kertas dapur. celup tahu kedlm adunan tepung dan goreng hingga masak. (akak tk pakai tahu..lupa nk beli)
  • UTK KUAHNYE:-
  • cuci bersih keledek, dipotong2 dan rebus hingga empuk.
  • kupas kulitnye dan lecek / tumbuk halus.
  • satukan keledek , gula , cili , garam dan air, jerang hingga mendidih.
  • kecilkan api dan renihkan hingga memekat sedikit (kuahnye tidak begitu pekat dan tidak begitu cair-sedang2 aje).
  • masukkan sedikit kucai kedlm kuah dan sesuaikan rasa gula dgn garamnye. matikan api.
  • utk menghidang:- buboh timun kedlm mangkuk dan tuangkan kuahnye , tabur sedikit kucai diatasnye.
  • **hidangan ini enak dimakan ketika masih panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN