Resepi ni memang saya selalu buat untuk minum petang bersama keluarga atau lepak kat pantai, cuma bentuk nye saya buat kelainan sebab selalunya saya buat bula- bulat jer..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Bunga Kurma

Resepi ni memang saya selalu buat untuk minum petang bersama keluarga atau lepak kat pantai, cuma bentuk nye saya buat kelainan sebab selalunya saya buat bula- bulat jer..

BAHAN-BAHAN

  • 90ml air suam
  • 11/2cmt yeast
  • 30g gula
  • 50ml susu segar (selalunya saya letak 3cmb milk powder tapi abis stock saya masukkan susu segar..)
  • 1/2cmt garam
  • 1cmt bread improver
  • 250g tepung roti..(saya guna tepung gandum sbb habis stock..)
  • 50g tepung halus
  • 1 biji telur ayam saiz kecil- pukul sedikit
  • 30g butter
  • *Kurma paste-(Saya guna 1/2 cawan jer) ikut suka banyak mana nak letak..kalau tak de kurma paste anda boleh letak jem
  • *1cmb minyak zaitun
  • *1cmt serbuk kulit kayu manis
  • Ceri merah, Herbatusauda & bijan sebagai hiasan
  • 1cmb butter
  • **3cmb susu segar + 1cmb gula-untuk sapu diatasnya
CARA PENYEDIAAN
  • Larutak gula dan yeast ke dalam air suam. Biarkan hingga berbuih.
  • Masukkan tepung roti/ gandum, tepung halus, bread improver dan garam ke dalam mangkuk adunan.
  • Tuang yeast, susu dan telur ke dalam tepung dan uli hingga sebati.
  • Masukkan butter dan terus menguli hingga adunan menjadi doh yang anjal bahagikan kepada 12 biji bebola kecil. Rehatkan sehingga doh tadi naik 2 kali ganda.
  • Campurkan bahan * dan buat bulat- bulat. Ketepikan.
  • Ambil 1 biji doh, leperkan sedikit dan isi inti kurma tadi di tengah-tengahnya dan tutup kemas.
  • Leperkan/ canaikan sedikit dan letak di atas dulang yang telah disapu dengan sedikit butter dan kelar kepada 8 bahagian. Buat hingga habis dan biarkan doh rehat sekali lagi hingga naik 2 kali ganda.
  • Letakkan ceri merah di tengah-tengahnya dan sapukan gengan susu+gula** dan taburkan sedikit dengan bijan dan herbatusauda.
  • Bakar dalam oven 190C yang telah dipanaskan selama 20-25 minit bergantung pada oven masing- masing dan apabila roti telah masak, keluarkan dan sapukan sedikit permukaannya dengan butter supaya nampak berkilat. Selamat mencuba..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN