
Jus retinol kini jadi salah satu amalan harian yang semakin terkenal dalam kalangan mereka yang nak jaga kecantikan dari dalam tanpa perlu berbelanja besar pada produk mahal. Kalau anda jenis yang sibuk, bajet ciput tapi tetap nak kulit nampak segar dan badan rasa lebih ringan, resipi ini memang sesuai sangat untuk dicuba.
Ramai sebenarnya lupa bahawa kecantikan bukan hanya bergantung pada ‘skincare’ semata-mata, tapi juga apa yang kita makan dan minum setiap hari. Bila kita mula jaga pemakanan, perubahan pada kulit, tenaga badan dan bau mulut pun boleh jadi lebih baik secara semula jadi.
Resipi jus ini sangat mudah, menggunakan bahan asas yang senang dapat di dapur. Yang paling menarik lagi, bukan sahaja jusnya boleh diminum, malah hampas buahnya pun boleh dijadikan lulur (scrub) badan untuk menghilangkan kulit mati dan daki di tubuh badan.
Baca juga: Resipi Jus Timun Epal, Petua Semula Jadi Bantu Turunkan Tekanan Darah Tinggi!
RESIPI JUS RETINOL HOMEMADE UNTUK KULIT CANTIK BERSERI & AWET MUDA

Bahan-bahan:
- Lobak merah
- Oren
- Lemon
- Epal
- Sedikit air
Cara-cara penyediaan:
- Cuci bersih semua bahan sebelum dipotong kecil supaya mudah diblend.
- Potong lobak merah, oren, lemon dan epal kepada saiz yang lebih kecil.
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar bersama sedikit air dan kisar hingga halus.
- Tapis jus yang telah dikisar dan ambil airnya sahaja untuk diminum.
- Minum segelas jus ini setiap pagi untuk kesegaran badan.
- Jangan buang hampasnya, kerana ia boleh digunakan sebagai scrub semula jadi untuk badan dan muka dengan cara menggosok perlahan pada badan sebelum dibilas.
Sumber: Thread @nurshamimi_97
Baca juga: Khasiat Jus Ubi Bit Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satu Boleh Ubati Anemia!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














