Resepi ni saya dapat dari My Resepi juga cuma saya buat 1/2 adunan sbb makan pun sorang-sorang..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apam Mekar Wangi
Resepi ni saya dapat dari My Resepi juga cuma saya buat 1/2 adunan sbb makan pun sorang-sorang..
BAHAN-BAHAN
- 150g tepung gandum
- 1 biji telur ayam
- 1/2 cmt vanilla
- 1/2 cmt ovallate
- 100g gula pasir-saya tak suka manis sbb tu gula sikit jer..
- 100ml susu segar
- perwarna
- paper cup
CARA PENYEDIAAN
- Pukul telur dan gula hingga kembang.
- Masukkan esen vanilla & ovalatte & terus memukul dengan medium speed hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum dan susu berselang seli..teruskan memukul hingga benar-benar sebati dan gebu/putih.
- Bahagikan adunan kepada beberapa manggkuk dan letaklah warna yang anda gemari, kaup balikkan supaya warna rata..biarkan adunan rehat untuk 10-15 minit.
- Sementara menunggu adunan rehat..anda boleh panaskan kukusan. Jangan lupa balut penutup kukusan dengan kain untuk menggelakkan air jatuh atas apam. Semasa prose ni saya masukkan 1 helai daun pandan kat dalam air kukusan tu supaya naik bau wangi sikit..
- Masukkan paper cup ke dalam acuan.
- Masukkan adunan ke dalam piping beg yang berlainan & paipkan ke dalam paper cup tadi dan kukuslah dengan api yang besar selama 10-15 minit. Insyallah kalau anda gunakan api yg benar dan periuk kukusan anda benar-benar panas kue apam ni akan merekah..
- Selamat mencuba..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.