
Kalau sebut gula batu, mesti ramai terbayang bentuknya yang keras, jernih dan berketul besar dalam balang kaca di dapur rumah mak ayah dulu-dulu. Biasanya digunakan dalam air teh atau air herba, tapi sebenarnya gula batu bukan sekadar pemanis biasa.
Dalam kehidupan harian, gula batu masih digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan minuman, terutamanya dalam masakan tradisional. Walaupun sekarang banyak pilihan gula moden di pasaran, gula batu tetap ada tempatnya tersendiri kerana fungsi dan keunikannya.
Baca juga: Khasiat Air Kelapa Rupanya Berbeza Mengikut Warna Hijau, Kuning & Tua, Ini Yang Ramai Tak Tahu
Apa Fungsi Sebenar Gula Batu?

Perkara ini turut menjadi perbincangan di media sosial apabila seorang wanita meluahkan rasa ingin tahu tentang kegunaan sebenar gula batu. Dia sering melihat gula ini dijual di kedai runcit, namun masih kurang jelas bagaimana ia digunakan dalam masakan harian.
Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang tidak lokek berkongsi pengalaman mereka sendiri menggunakan gula ini dalam pelbagai hidangan dan minuman. Berikut antara komen yang ditulis:
- “Kalau buat agar-agar letak sikit dan masak dalam agar-agar. Agar-agar tak akan berair dan jadi cantik.”
- “Dalam nasi ayam atau nasi lemak, letak seketul nanti cantik kejadiannya.”
- “Untuk masakan Chinese sis, masak soup itu pun boleh.”
- “Masakan Chinese seperti desserts, sup & minuman banyak guna… Chinese jarang guna gula putih bila buat desserts tradisional.”
- “Saya kalau rebus barli letak gula ini saja. Sedap. Tak manis sangat nanti.”
- “Cuba bancuh kopi atau teh masukkan gula batu sedap je kurang rasa manisnya. Gula ini dari tebu sebenarnya”
Fungsi & Kegunaan Lain ‘Rock Candy’ Dalam Kehidupan Harian

1. Pemanis Minuman Tradisional
Gula ini sering digunakan dalam minuman seperti teh herba, air longan kering atau air bunga seperti roselle. Rasanya lebih lembut dan tidak terlalu kuat berbanding gula biasa.
Ini menjadikan minuman terasa lebih seimbang dan tidak terlalu manis ‘menyengat’.
2. Digunakan Dalam Masakan Tradisional
Dalam masakan Cina dan juga beberapa masakan Melayu, gula ini digunakan untuk menambah rasa manis yang lebih lembut dan tidak “tajam”. Contohnya dalam sup herba, sup ayam atau hidangan rebusan tertentu.
3. Membantu Seimbangkan Rasa Masakan
Gula ini juga bukan sahaja menambah manis, tetapi juga membantu mengimbangkan rasa masin, pahit atau masam dalam sesuatu hidangan. Sebab itu ia sering digunakan dalam kuah atau sup supaya rasa lebih harmoni.
4. Digunakan Dalam Perubatan Tradisional
Dalam amalan tradisional, gula batu sering dicampurkan dalam air herba untuk membantu mengurangkan rasa pahit herba tersebut supaya lebih mudah diminum.
5. Lebih Stabil & Tahan Lama
Gula ini juga lebih tahan lama berbanding gula biasa kerana bentuk kristalnya yang padat. Ia tidak mudah lembap jika disimpan dengan betul.
Walaupun sekarang ada pelbagai jenis gula seperti gula pasir, gula perang dan pemanis moden, gula batu masih kekal digunakan kerana:
- Rasa manisnya lebih lembut
- Sesuai untuk minuman herba
- Memberi aroma dan rasa tradisional
- Tidak terlalu “menyengat” dalam masakan
Sumber: Facebook
Baca juga: Buah Harumanis Tak Sama Dengan Mangga Biasa, Ini Bezanya Yang Ramai Masih Keliru!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














