resepi blackout cookies

Resepi blackout cookies memang antara biskut paling ramai suka, terutamanya untuk pencinta coklat tegar. Teksturnya rangup di luar, ditambah pula dengan rasa coklat yang ‘padu’, memang susah nak tolak. Tak hairanlah kalau buat sekali, cepat saja habis!

Biasanya biskut macam ni orang buat untuk makan sendiri di rumah atau hidang bila ada tetamu datang. Tapi sebenarnya, kalau ada lebih, memang seronok kongsi dengan jiran atau kawan-kawan. Lagi-lagi bila semua puji sedap, terus rasa berbaloi masuk dapur.

Menariknya resipi ini, doh tak perlu simpan dalam peti sejuk. Lepas siap gaul, terus boleh paip dan bakar. Mudah sangat, sesuai untuk yang baru nak cuba baking atau yang nak buat biskut cepat tanpa banyak langkah.

Baca juga: Resipi Biskut Kelapa Legend Yang Rangup & Mudah Dibuat, Terubat Rasa Dulu-Dulu Yang Dirindui

RESEPI BLACKOUT COOKIES

resepi blackout cookies

Bahan-bahan A:

  • 250g mentega masin (salted butter)
  • 115g gula perang
  • 115g gula kastor
  • 1 biji telur

Bahan-bahan B (ayak kecuali minyak):

  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ sudu kecil emplex (optional)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 125g minyak jagung/minyak masak

Bahan-bahan C (ayak):

  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 3½ sudu besar serbuk koko hitam
  • 55g tepung jagung

Bahan-bahan D (ayak):

  • 350g tepung gandum

Bahan-bahan akhir:

  • 1½ cawan coklat chip
  • 1½ cawan kacang badam hancur

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam satu bekas, masukkan butter, brown sugar, castor sugar dan telur. Gaul sehingga sebati dan sedikit kembang.
  2. Masukkan bahan B yang telah diayak (kecuali minyak). Kemudian tuangkan minyak jagung. Gaul hingga semua bahan sebati.
  3. Seterusnya, masukkan bahan C yang telah diayak. Gaul lagi sehingga adunan sekata.
  4. Masukkan pula bahan D (tepung gandum yang telah diayak). Gaul sehingga menjadi doh.
  5. Akhir sekali, masukkan coklat chip dan almond nibs. Gaul rata.
  6. Masukkan doh ke dalam piping bag. Paip atas loyang mengikut saiz yang diinginkan.
  7. Bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 25–30 minit atau sehingga masak.

Nota: Doh memang lembut, tak perlu simpan dalam peti sejuk. Terus boleh paip dan bakar.

Sumber: NamaKu Azura

Baca juga: Biskut Almond London Sukatan Cawan, Ada Tips Coklat Nampak Licin Dan Cantik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN