resepi kek hujan panas

Kalau sebut resepi kek hujan panas, mesti ramai yang terus teringat kenangan zaman kecil dulu. Kek ini antara yang selalu ada bila waktu minum petang, sama ada mak buat sendiri di rumah atau dijamu waktu kenduri kecil-kecilan. Walaupun nampak simple, rasanya memang cukup istimewa.

Resipi ini dikongsikan oleh Puan Kasmawati Omar Wati Omar, menggunakan cara dan bahan yang dipekajari daripada arwah ibunya. Kek ini bukan saja sedap, tapi ada nilai nostalgia yang sukar diganti. Teksturnya lembut, dengan gabungan kelapa kering berwarna-warni yang menjadikannya cantik dan unik.

Menariknya, cara buat kek hujan panas ini tak susah pun. Kalau sudah biasa buat kek basic, memang boleh terus jadi. Jom cuba buat sendiri di rumah, confirm satu keluarga suka.

Baca juga: Kek Marjerin Klasik Gebu & Lembut, Rasa Nostalgia ‘Kek Kampung’ Dulu-Dulu!

RESEPI KEK HUJAN PANAS

resepi kek hujan panas

Bahan-bahan:

  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar susu cair
  • 1 cawan kelapa kering (boleh letak pewarna ikut suka)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170–180°C. Sapu sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan kertas minyak.
  2. Dalam mangkuk, pukul marjerin dan gula halus hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan sebati.
  4. Tambahkan esen vanila dan susu cair, kacau rata.
  5. Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul hingga sebati.
  6. Bahagikan kelapa kering kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut pilihan. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul perlahan.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaan.
  8. Bakar selama 40–50 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, jika keluar bersih, maknanya kek sudah masak.
  9. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sumber: Kasmawati Omar Wati Omar

Baca juga: Resipi Karipap Pusing Berlapis Cantik & Kekal Rangup Sampai Ke Petang, Sekali Buat Terus Jadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN