Rangup + enak + wangi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Begedil Ayam / Daging

Rangup + enak + wangi

BAHAN-BAHAN

  • ??5-6 biji ubi kentang (bergantung kpd saiz)
  • ??3 keping peha ayam tanpa tulang / 4 keping dada ayam / 1 cawan daging cincang
  • ??3 ulas bawang putih / 2 sk serbuk bawang putih
  • ??daun sup & daun bawang secukupnya dihiris halus
  • ??1/4 cawan bawang goreng (buat sendiri lebih wangi)
  • ??4 biji telur ayam
  • ??bread crumbs secukupnya
  • ??serbuk lada hitam & lada sulah secukupnya
  • ??garam secukupnya
  • ?? minyak masak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ubi kentang yang telah dibelah 4 atau 6 sehingga agak garing. Tumbuk sehingga hancur dan ketepikan.
  • Untuk ayam:
    Gaulkan daging ayam bersama bawang putih atau serbuk bawang putih + serbuk lada hitam + serbuk lada sulah + sedikit garam. Bakar ayam dalam oven/microwave sehingga masak dan tumbuk daging sehingga sedikit hancur.

    Untuk daging:
    Gaulkan daging + bawang putih tau serbuk bawang putih + serbuk lada hitam + serbuk lada sulah + sedikit garam. Masak bersama sedikit air sehingga kering.

  • Campurkan kesemua bahan: ubi kentang yang telah ditumbuk + ayam / daging + daun sup dan daun bawang + sedikit garam, lada hitam dan lada sulah.
    *boleh masukkan sekali cili api dihiris halus jika suka
  • Kepalkan bahan-bahan menjadi bulat dan leper. Celupkan ke dalam telur dan kemudiannya ke dalam bread crumbs.
    *untuk lebih mudah menggaulkan bread crumbs, gaulkan bread crumbs dan begedil dalam bekas bertutup dan goncang secara perlahan.
  • Goreng begedil dalam minyak panas tenggelam sehingga garing keemasan. ^_~
  • *** boleh juga menggunakan ayam goreng / isi sup daging yang dah tak laku buat begedil ni…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN