teringin nak makan bihun sup?? jom cuba resepi saya.. senang je…=P
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bihun sup mudah =)
teringin nak makan bihun sup?? jom cuba resepi saya.. senang je…=P
BAHAN-BAHAN
- 1/2 bungkus bihun – celur dgn air panas hingga lembut
- rempah menumis [1batang kayu manis, sekuntum bunga lawang, seulas buah pelaga, dan 4kuntum cengkih]
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 2 ulas bawang merah dihiris nipis
- 1/2 inci halia dihiris nipis
- 4-5 ulas cili padi [kalau suka pedas boleh tambah lagi]
- beberapa hiris daging ayam.. ikut suka nak letak banyak mana.. =)
- 1/2 kiub pati ayam knorr… saya guna separuh sebab nak masak sikit =)
- semangkuk kecil sayur kobis
- sebiji telur ayam
- garam secukup rasa
- 2-3 sudu besar minyak masak untuk menumis
- air secukupnya untuk kuah…sesuaikan dengan jumlah bihun
CARA PENYEDIAAN
- panaskan minyak dan pastikan betul2 panas.
- ~tumis rempah [kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan cengkih]
- masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumis hingga layu dan sedikit kekuningan
- masukkan isi ayam dan tumis hingga layu
- masukkan air, kiub pati ayam, dan reneh hingga menggelegak
- selepas kuah menggelegak bolehlah masukkan sayur kobis tadi
- masukkan cili padi
- masukkan telur ayam
- masukkan garam secukup rasa. sebaiknya rasa dahuku kuah sebelum masukkan garam kerana kiub pati ayam telah mengandungi garam……
- bila dah cukup semua rasa bolehla tutup api.. sedia untuk dinikmati.. =)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.