
Pernah mengalami situasi di mana telur yang direbus pecah dan kuning telur keluar seperti lava? Kejadian ini sebenarnya agak biasa berlaku, terutamanya jika telur direbus dalam jumlah banyak atau teknik merebus tidak dilakukan dengan betul.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman dalam group ‘Masak Apa Hari Ni (MAHN)’ mengenai telur kuning yang pecah semasa direbus dan menyatakan bahawa telur tersebut tidak berbau busuk dan masih kelihatan elok.
Tidak perlu risau, telur yang pecah sebegini masih selamat untuk dimakan. Kuning telur yang keluar semasa proses merebus biasanya bukan disebabkan oleh telur yang rosak, tetapi akibat beberapa faktor lain yang mempengaruhi struktur telur semasa dimasak.
Baca juga: Chef Dedah Rahsia Rebus Pasta Yang Betul, Rupanya Kalau Letak Minyak Buat Sos ‘Tak Melekat’!
PUNCA TELUR KUNING PECAH & KELUAR WAKTU REBUS

Berdasarkan komen-komen pengguna lain di group MAHN, beberapa sebab utama telur kuning pecah termasuk:
- Telur retak atau pecah sedikit sebelum direbus, jadi bila mendidih, kuningnya keluar sikit-sikit.
- Telur direbus dengan air yang tak cukup menenggelamkan semua telur. Bila separuh terdedah, ia lebih mudah pecah.
- Guna periuk atau bekas besar, tapi jumlah telur sikit. Ruang kosong yang banyak buat telur mudah bergerak dan bergesel antara satu sama lain semasa mendidih.
- Telur dah lama atau hampir tamat tempoh. Telur lama lebih mudah retak.
- Api terlalu kuat semasa merebus. Rebusan air yang terlalu kuat boleh membuatkan telur “bergolak” dan kuning pecah keluar.
PUNCA TELUR PECAH WAKTU REBUS
Kalau nak telur rebus cantik, ikut beberapa tip mudah ni:
- Pastikan telur berada dalam air sepenuhnya semasa direbus.
- Jangan gunakan periuk yang terlalu besar untuk jumlah telur yang sedikit. Kurangkan ruang supaya telur tak bergesel kuat.
- Rebus telur dengan api sederhana supaya air mendidih perlahan.
- Elakkan guna telur yang dah lama, pilih yang segar untuk hasil terbaik.
Sumber: ZeroApih Channel
Baca juga: Tak Perlu Pencuci Mahal, Ini Caranya Supaya Sinki Jadi Berkilat & Nampak Macam Baru!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














