macaroni carbonara

Kalau sebut macaroni carbonara, memang ramai terus terbayang rasa lemak berkrim, cheesy dan cukup mengenyangkan. Tak hairanlah menu ini sering jadi pilihan utama untuk jamuan raya, potluck dan majlis sekolah.

Perkongsian daripada Nurul Hawa Nadila Sari ini memang lain macam, siap dengan sukatan besar untuk 46 orang makan! Katanya, setiap kali raya pasti ada yang order dari sekolah anak-anak. Memang betul-betul ‘menu killer’!

Kalau anda sedang cari resipi macaroni carbonara yang mudah, jimat dan sesuai untuk hidangan ramai, ini dia versi lengkap yang boleh terus ikut!

Baca juga: Resepi Macaroni Cheese, Bahan Rahsia ‘Ini’ Buat Orang Makan Sampai Licin

RESIPI MACARONI CARBONARA UNTUK 46 ORANG

macaroni carbonara

Bahan-bahan:

  • 8 bungkus macaroni
  • 1.5 liter cooking cream
  • 2 liter susu full cream
  • 12 keping slice cheese
  • 4 biji lobak merah (potong dadu)
  • 3 biji bawang holland (hiris)
  • 4 labu bawang putih (cincang)
  • Hampir 2kg dada ayam (kisar)
  • Lada hitam secukupnya
  • Parsley herbs secukupnya
  • 2 tin cendawan butang (kisar)
  • 12 batang sosej (hiris)

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus macaroni hingga lembut, kemudian toskan.

2. Tumis bawang putih dan bawang holland sampai wangi.

3. Masukkan ayam kisar, masak hingga betul-betul masak.

4. Tambah lobak merah dan sosej, kacau hingga sedikit lembut.

5. Masukkan cendawan kisar, kemudian tuang cooking cream dan susu.

6. Masukkan slice cheese dan kacau sampai kuah jadi pekat berkrim.

7. Perasakan dengan lada hitam dan parsley ikut selera.

8. Masukkan macaroni dan gaul rata hingga sebati.

Tips Macaroni Carbonara Lagi Sedap:

  • Masak guna api sederhana supaya kuah tak pecah
  • Kalau kuah terlalu pekat, tambah sedikit susu
  • Nak lagi padu, boleh tambah cheese extra
  • Hidang panas-panas, memang lagi sedap!

Kenapa Resipi Ini Jadi Pilihan?

  • Sesuai untuk hidangan ramai (46 orang)
  • Bahan mudah dan senang dapat
  • Rasa creamy, cheesy dan mengenyangkan
  • Confirm jadi rebutan masa majlis

Memang tak pelik kalau macaroni carbonara ini jadi menu wajib setiap kali raya. Sekali buat, terus habis licin! Kalau anda nak menu yang mudah tapi nampak premium untuk tetamu, resipi ini memang wajib cuba.

Simpan siap-siap, nanti bila musim raya atau ada jamuan, terus boleh guna.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari

Baca juga: Cara Buat Spaghetti Carbonara Paling Creamy, Sedap Setanding Kedai Western!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN