Ala- ala pizza di pizza hut

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pizza Hawaiian Chicken

Ala- ala pizza di pizza hut

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN DOH
  • 1 sudu besar garam (sukatan rata)
  • 1 sudu besar gula (sukatan rata)
  • 500g tepung (bread flour)
  • 1 sudu besar minyak
  • 11g mauripan yeast (1 peket kecil)
  • 300ml air suam (agak- agak dalam 40 darjah celsius)
  • BAHAN SOS
  • 1 tin tomato puri
  • 1 sudu besar oregano
  • 1 sudu kecil paprika
  • garam secukup rasa
  • 1/4 botol sos cili maggie
  • gula dan garam secukup rasa
  • 3 ulas bawang putih dihancurkan
  • TOPPING
  • 300g isi ayam yang dipotong dadu
  • sedikit lada sulah dan lada hitam
  • garam secukup rasa
  • Nanas di dalam tin
  • mozarella cheese
  • (topping- ikut suka banyak mana)
CARA PENYEDIAAN
  • DOH:
    Mauripan yeast dimasukkan ke dalam air suam, dikacau dan dibiarkan lebih kurang 5 minit.
    Tepung dicampurkan dengan garam, gula dan minyak.
    Sedikit demi sedikit air yang bercampur dengan mauripan yeast tadi dituang ke dalam adunan tepung sambil diuli. (uli hingga benar- benar sebati dan licin). Simpan doh dalam bekas yang ditutup dengan tuala yang lembab selama 1 jam.
  • SOS: Masukkan semua bahan di dalam sebuah mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
  • TOPPING: Tumiskan iisi ayam dengan sedikit minyak (janji tak melekat). tambahkan garam, lada sula dan lada hitam sedikit. Masak sehingga airnya kering. (Jangan sampai garing- tak sedap)
  • Sediakan pan- kalau tak ada, tutup periuk pun boleh. Letakkan sedikit minyak di atas pan sebelum letak doh supaya tepung tidak melekat. Tekan- tekan pakai jari dan tarik- tarik agar lebar.
  • Sapukan sos rata- rata. Letakkan topping ayam tadi dan nanas yang telah dipotong- potong (ikut suka banyak mana). Taburkan keju mozarella di atas topping tadi.
  • Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pizza dalam suhu 180 darjah celsius dalam 15 minit atau ikut citarasa masing- masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN