Biskut kegemaran family esp anak2, kawan2, jiran2, tetamu….koleksi biskut raya yg wajib ada setiap tahun. X raya pun buat juga sbb anak2 requested.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Biskut Kurma Arabian Night
Biskut kegemaran family esp anak2, kawan2, jiran2, tetamu….koleksi biskut raya yg wajib ada setiap tahun. X raya pun buat juga sbb anak2 requested.
BAHAN-BAHAN
- 250g tepung jagung
- 250g tepung bluekey
- 150g minyak sapi
- 150g butter
- 200g gula halus
- 2 biji kuning telur
- Buah kurma & kacang tanah secukupnya (di cincang halus & di gaul sebati)
- Pewarna oren, merah & hijau atau ikut citarasa masing2
CARA PENYEDIAAN
- Butter, minyak sapi & gula di putar hingga kembang/sebati
- Masukkan kuning telur & di kacau rata
- Masukkan tepung jagung & bluekey, uli hingga lembut
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian & warnakan
- Cubit setiap adunan ikut citarasa masing2 sebesar mana di kehendaki & satukan, letakkan inti kurma & kacang tanah yg di hancurkan tadi di tengah2 kemudian bulatkan menjadi bola kecil
- Letakkan di dalam papercup kemudian bakar…suhu susah nak ckp sbb lain oven lain kerenahnya. Saya gunakan 130 selama 10min.
- Inti bleh di pelbagaikan selain dr kacang tanah bleh tukarkan ke badam or apa2 saja ikut selera. Tapi buah kurma wajib ada :)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.