Ciptaan sendiri..sedap dimakan bersama nasi putih. Penambat selera.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
IKAN BILIS TIGA RASA
Ciptaan sendiri..sedap dimakan bersama nasi putih. Penambat selera.
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan ikan bilis kopek
- 1 biji bawang besar
- 1 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1 1/2 sudu makan gula
- sedikit garam
- minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
- Basuhkan ikan bilis,toskan dan goreng hingga garing. Minyak jangan terlalu banyak kerana minyak gorengan itu boleh digunakan untuk menumis. Sesudah garing angkat dan letak di dalam mangkuk.
- Hiriskan cili nipis-nipis, bawang besar dan bawang putih. Tumiskankan hingga naik bau.
- Masukkan air asam, gula dan sedikit garam sahaja. Bagi memastikan tidak masin (ada jenis ikan bilis masin), garam ditambahkan kemudian).
- Biar kuah pekat sedikit dan rasa yang cukup, tuangkan kuah tersebut pada ikan bilis. Sedia untuk dihidang.
- SELAMAT MENCUBA
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.