Resepi donat daripada kakak ipar. Donat lembut, lemak dan juicy.Mudah disediakan………tak perlu canai pun.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donat Jagung

Resepi donat daripada kakak ipar. Donat lembut, lemak dan juicy.Mudah disediakan………tak perlu canai pun.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg tpg gandum
  • 1/2 paket yis mauripan (6 gm)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • 2 biji kentang direbus dan dilecek.
  • 1/2 tin jagung manis krim(sweet corn cream) Ayam Brand atau apa2 je.
CARA PENYEDIAAN
  • Rendamkan yis dlm air suam dan susu pekat.Biarkan sebentar hingga yis kembang.
  • Letakkan tpg gandum dlm dulang/talam besar.Masukkan gula dan garam.Gaulkan.
  • Masukkan mentega dlm tpg tadi.Gaul sehingga sekata dan menjadi breadcrumbs.
  • Masukkan ubi kentang , jagung manis dan gaul sekata.
  • Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit sambil mengaul dan menguli adunan.
  • Uli sehingga tidak melekat di tangan dan doh jadi licin.
  • Ambil sedikit adunan doh,leperkan,tarik ke belakang dan jadikan bulat-bulat kecil. Rehatkan sebentar/biar kembang.
  • Buat lubang di tengah dgn jari dan jadikan bentuk cincin.
  • Gorenglah dlm minyak yg telah dipanaskan dgn api perlahan. Guna lidi sate utk membalik dan mengangkat donat.
  • Salut dgn gula halus atau gula aising setelah donat sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN