untuk yang baru nak belaja macam saya..asik frust jek kek coklat tak menjadi. kali ni InsyaAllah jadi….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kek coklat kukus mudah

untuk yang baru nak belaja macam saya..asik frust jek kek coklat tak menjadi. kali ni InsyaAllah jadi….

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Bahan B
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur (suhu bilik)
CARA PENYEDIAAN
  • Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. (sy guna cawan ni utk ukuran semua bahan. baru belaja lg ni)
  • Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
  • Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
  • Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
  • Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  • kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
  • angkat … tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN