Resepi mudah untuk penggemar western sos spagheti. Sesuai untuk snack makan malam, pengganti nasi :D
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Simple Lasagna Daging
Resepi mudah untuk penggemar western sos spagheti. Sesuai untuk snack makan malam, pengganti nasi :D
BAHAN-BAHAN
- Bahan-bahan untuk sos spagheti
- – 1 Biji bawang besar (dipotong halus)
- – 2 ulas bawang putih (dipotong halus)
- – 2 sudu cili boh / cili giling
- – 5 sudu sos spagheti
- – Sedikit daging kisar (minced beef)
- – 2 sudu pes tomato
- – Gula & Garam
Bahan-bahan untuk lasagna
- – 12 keping roti
- – 8 keping keju
CARA PENYEDIAAN
- Penyediaan sos spagheti.
Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
- Setelah itu, masukkan lada boh dan teruskan menumis sehingga lada masak dan pecah minyak.
- Tambahkan 2 cawan air dan kemudian, masukkan sos spagheti, pes tomato dan daging kisar ke dalam masakan. Teruskan menumis.
- Tambahkan gula dan garam sehingga dapat rasa yang diinginkan. Bolehlah mula merasa.
- Sekiranya ingin lebih pekat, boleh potong-potongkan 1 keping keju dan tambahkan ke dalam sos. Siap!!
- Ambil sekeping roti dan lenyekkan sedikit sehingga agak nipis. Letakkan sos spagheti tadi di atas kepingan roti tadi. Kemudian, letakkan pula sekeping keju di atasnya.
- Kemudian, letakkan sekeping roti lagi di atasnya. Ulang langkah 6. ( 2 lapis lasagna)
- Bakar dalam oven dalam suhu ~150 degC selama ~ 10 minit. Siap untuk dihidang panas-panas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.