salad kegemaran orang2 Arab, sesuai dimakan dengan nasi bryani, nasi tomato, nasi pilau dan sangat mudah untuk disediakan.
(Gambar pinjam (credit to): http://www.bradspictures.com/)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kerabu Arab
salad kegemaran orang2 Arab, sesuai dimakan dengan nasi bryani, nasi tomato, nasi pilau dan sangat mudah untuk disediakan.
(Gambar pinjam (credit to): http://www.bradspictures.com/)
BAHAN-BAHAN
- 2-3 helai daun salad (lettuce) – dipotong kecil atau ikut suka nak besar mana
- 3 inci timun – dipotong kecil (dihiris2 dan belah empat)
- 1 biji tomato saiz sedang – dipotong kecil
- 1 biji bawang besar – dihiris halus
- 1/2 batang saderi (celery-OPTIONAL) – dihiris halus
- 5 batang daun ketumbar – (daun sahaja, boleh dilebihkan kalau suka) dihiris halus
- 1/2 biji lemon – ambil perahan jusnya
- 2 sudu kecil minyak zaitun
- 2 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam (boleh kurangkan kalau tak suka banyak garam)
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- *kalau nak ada rasa pedas sikit, boleh tambah hirisan cili api
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan semua bahan2 diatas dan gaul rata. Sedia untuk dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.