sesuai untuk penggemar masakan kampung

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam masak lemak cili api dengan belimbing buluh

sesuai untuk penggemar masakan kampung

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam
  • 10 biji belimbing buluh (tidak perlu dipotong)
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 1.5 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam,serbuk perasa(jika suka) dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dipotong mengikut saiz yang anda sukai
  • Kisarkan bawang merah,bawang putih,kunyit hidup,halia dan cili padi
  • Masukkan ayam,santan cair serta bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk
  • Perasakan dengan garam,gula dan sedikit serbuk perasa
  • Apabila ianya telah mendidih masukkan santan pekat. Tambahkan sedikit air jika ianya terlalu pekat.
  • Setelah ayam masak, masukkan belimbing buluh sekejap dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN