Resipi dari Ibunda

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Nasi Ayam

Resipi dari Ibunda

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam potong 8
  • 2o ulas bawang putih
  • 5 inci halia
  • 1/2 cawan kicap pekat manis (kicap maju)
  • Sedikit Sos Cili
  • Untuk Hiasan:-

    Daun Salad
    Timun
    Tomato

CARA PENYEDIAAN
  • Basuh ayam dengan tepung hingga bersih. Jangan buang kulit. Sesiapa yang tidak suka makan kulit boleh buang kulit. Toskan.
  • Rebus ayam yang telah dibasuh bersih sehingga separuh masak. Angkat dan toskan.Ketepikan Ayam tadi
  • Kisar Bawang putih, halia dan kicap pekat tadi hingga hancur dan sebati. Jangan tambah air atau perasa.
  • Bagi sesiapa yang sukakan rasa bawang putih bolehlah tambahkan lagi bawang putih tadi.
  • Perap ayam yang telah direbus separuh masak tadi dengan bahan-bahan kisar tadi selama 1/2 jam.
  • Selepas 1/2 jam perap, goreng ayam tadi dengan api sederhana.
  • Lebih kurang 2 minit angkat ayam tersebut dan hidangkan. Siramkan ayam tersebut dengan sos cili diatasnya. Hidangkan bersama daun salad, tomato dan timun
  • Sedia untuk dimakan bersama nasi.
    Selamat Mencuba!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN