nostalgia brsama ank2. mereka ditugaskan menghantar kuih ini ke warung2 nasi lemak sekitar perumahan sebelum ke sekolah rendah kebangsaan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

murtabak mini kakbesah

nostalgia brsama ank2. mereka ditugaskan menghantar kuih ini ke warung2 nasi lemak sekitar perumahan sebelum ke sekolah rendah kebangsaan.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg kentang-potong dadu kecil
  • 1/2 kg daging lembu @ ayam-dihiris halus.
  • 7bj bwg merah,5bj bwg putih,sedikit halia muda-ditumbuk
  • 4sudu besar rempah kari daging-dibancuh dgn semangkuk air.
  • 6 bj telur besar
  • bahan utk kulit;
  • 1/2 kg tepung gndum
  • 2 cwn air+1/2 sudu mkn penuh garam+1sudu mkn gula+1 sudu mkn susu tepung-dibancuh hingga larut.
  • (lupa plk)-
    2 bj bawang besar-potong dadu kecil & sepokok daun sup-dihiris
CARA PENYEDIAAN
  • uli tepung dgn bahan yg dibancuh td sehingga menjadi doh yg licin & kental.xperlu uli dgn kuat mcm uli donut.uli perlahan.. golek2 kn pun ok.. asalkan lama..lbihkurang dlm 10 – 15minit gak lah..
  • gentel bulat2 sebesar penutup botol air mineral & rendamkn dlm minyak hingga tenggelam.buat hingga habis.(jgn bimbang,minyak tu x akn terjejas & boleh disimpan semula)
  • biar sekurang2nya 3 jam baru boleh ditebar.
  • tumis bahan2 tumbuk hingga wangi,masukkan bancuhan rempahkari,goreng hingga pecah minyak. masukkan daging n secawan air.bila daging hampir empuk masukkan kentang.biar hingga kentang empuk, rasa lah manis,masinnya.bila sdh kering & msk-sejukkan.
  • campurkan telur,bawang besar cincang, daun sup & inti yg telah sejuk td hingga rata. jgn lupa bubuh garam secukup rasa, ketepikan.
  • panaskan kuali atas api yg agak kecil.sapu minyak atas permukaan tutup periuk.kembangkan sebiji doh diatasnya sehingga agak nipis tp jgn smpai koyak.masukkan 1sudu besar campuran inti,lipat jadi 4 segi.
  • angkat murtabak mentah itu dgn cermat menggunakan kedua belah tangan & letakkan atas kuali.bila bahagian bawah telah garing,balikkan.Buat hingga habis.
  • hidangkan brsama bawang besar cincang + cuka (akak campur cili padi ptong juga) @ kuah kari.mkn begitu saja pun ok.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN