ni resepi mak.dulu2 mak suka masak.mmg tambah 2 kali la jwbnya..so nak share la ngn korang.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
nasi carrot simple
ni resepi mak.dulu2 mak suka masak.mmg tambah 2 kali la jwbnya..so nak share la ngn korang.
BAHAN-BAHAN
- beras 4 pot
- lobak merah (carrot 2-3 btg) (hiris nipis)
- 1 cawan susu fresh milk atau santan.
kalau nak kuah lebih boleh lebihkan. - butter
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 btg kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 bawang besar (blend)
- 5 ulas bawang putih (blend)
- sedikit garam
- sedikit air utk masak nasi.
kalau xnak guna air sbb nak masak nasi dgn menggunakan susu atau santan sahaja pun boleh..lg berlemak dan sedap - 1 cm halia (hiris atau blend)
CARA PENYEDIAAN
- basuh beras seperti biasa.
- selepas basuh dan toskan air, amek 2-3 sudu besar butter dan calitkan pada beras yg dibasuh td.kalau nak sedap letak banyak2..ketepikan rice cooker.
- dlm kuali atau periuk,sapukan butter (kalau boleh jgn guna minyak) pada kuali utk menumis bawang besar dan bawang putih.
- apabila bawang besar dan putih sudah sedikit layu, masukkan 4 sekawan iaitu buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis dan bunga lawang.
- kemudian masukkan halia dan kacau sehingga pecah/terbit minyak.
- masukkan carrot yg di hiris2 td juga dan kacau sebentar iaitu 2-3 minit.
- akhir sekali masukkan susu atau santan (sukatan ini kena ikut berapa pot nasi yg kita masak).
- tutup api kuali.tuangkan kesemuanya dlm rice cooker bersama beras yg di basuh td.
- jika santan tidak cukup setelah kesemua bahan dimasukkan ke dlm periuk nasi,bolehlah tambah sedikit air.
- sebelum on kan suis rice cooker jgn lupa masukkan sedikit garam juga.utk melemakkan nasi carrot kita.
- tunggu sehingga nasi siap masak dlm rice cooker.resepi nasi carrot ini sangat lah sesuai di makan bersama ayam masak merah (bulan madu ada poskan jugak)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.