Popular di restaurant seafood cina, Kam Heong maksudnya ‘Golden Fragrance’. Sesuai dengan nasi putih dan di padankan dengan sayur masakan ala cina seperti char bok choy atau oyster sauced Kai-lan .

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ketam Masak Kam Heong

Popular di restaurant seafood cina, Kam Heong maksudnya ‘Golden Fragrance’. Sesuai dengan nasi putih dan di padankan dengan sayur masakan ala cina seperti char bok choy atau oyster sauced Kai-lan .

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ketam diramas serbuk kunyit dan garam digoreng.
  • * bawang merah saiz kecil 3 biji
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 4 sudu besar udang kering rendam sikit supaya lembut
  • 6 – 8 biji cili kering di hiris agak-agak setengah inci
  • segenggam daun kari (penting untuk bau)
  • 2 sudu besar serbuk kari di carikan dengan 2 sudu besar air
  • dalam 1/4 cawan kicap pekat (saya guna kicap pekat cap tamin)
  • garam dan ajinomoto secukupnya
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • beberapa sudu air jika perlu untuk senang menumis
  • cili api kalau gemar pedas
CARA PENYEDIAAN
  • bahan bertanda * tumbuk dengan batu lesung.
  • dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis bahan * yang dah di tumbuk tadi
  • naik bau, masukkan serbuk kari yang dah cairkan, di ikuti dengan cili kering dan daun kari. Tumis. Masuk garam dan ajinomoto secukupnya.
  • masuk ketam yang dah digoreng dengan kicap sekali. Gaul sampai sekata macam dalam gambar. Boleh tambah kicap lagi jika perlu, air jika perlu. Agak – agak la. Kam heong kuah pekat sikit.
  • siap boleh di hidang dengan nasi putih ?

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN