Resepi asas vanilla cupcake sy olah dgn meletakkan inti strawberry filling bersama cream cheese.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Vanilla cupcake dgn filling strawberry cheese

Resepi asas vanilla cupcake sy olah dgn meletakkan inti strawberry filling bersama cream cheese.

BAHAN-BAHAN

  • 225gm tepung naik sendiri
  • 225gm gula kastor
  • 225gm unsalted butter
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Bahan untuk cream cheese:
  • 250gm cream cheese
  • 125gm mentega
  • gula icing (ikut suka kadar kemanisannya)
  • 1 sudu teh jus lemon (tak letak pon takper)
  • Starwberry filling secukupnya (boleh dibeli di kedai bekalan bahan2 kek) boleh gantikan dgn coklat ganache atau jem juga.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180’c
  • Putar butter bersama gula hingga kembang dan berubah warna menjadi pucat.
  • Kemudian masukkan telur, putar satu demi satu hingga sebati.
  • Tambahkan esen vanilla, kacau rata. Akhir sekali masukkan tepung, kacau sebati dan tuangkan ke dlm acuan cawan kek. Jangan tuang penuh, cukup sekadar 1/2 bhgn cupcake.
  • Bakar selama 15-20 minit.
  • Untuk cream cheese, putar cheese bersama butter hingga sebati kemudian masukkan gula icing. Putar lagi dan masukkan jus lemon, putar hingga sebati.
  • Apabila kek telah sejuk, ambil nozel khas untuk memasukkan inti ke dalam kek cawan ( boleh dibeli di kedai bahan kek), pasang pada beg piping /plastik piping. Cucukkan nozel ke dlm kek dan paipkan filling strawberry dan cream cheese yg telah disatukan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN