@ kuew teow goreng basah
*gantikan kuew teow dengan mee pon boleh ^_~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Char Kuew Teow Ayam

@ kuew teow goreng basah
*gantikan kuew teow dengan mee pon boleh ^_~

BAHAN-BAHAN

  • ??3 peket / pinggan kuew teow
  • ??1 keping daging ayam boneless / 300g ayam bertulang
  • ??1-2 biji telur ayam
  • ??3 ulas bawang merah *
  • ??1 sudu besar udang kering *
  • ??5 ulas bawang putih ditumbuk / diketuk
  • ??1-2 sudu besar cili kering dikisar (ikut pedas sendiri)
  • ??1 sudu besar sos tiram
  • ??1/2 sudu besar kicap lemak masin (kicap biasa pon boleh)
  • ??1 sudu besar sos cili
  • ??1 1/2 sudu besar sos tomato
  • ??1/2 cawan air
  • ??garam dan gula secukup rasa
  • ??minyak masak secukupnya untuk menumis
  • ??sayur-sayuran : taugeh, sawi, kobis, dll…
  • ??bahan tambahan : tauhu goreng, fish-ball, fish-cake, kerang, dll…
CARA PENYEDIAAN
  • cuci dan tos kuew teow.
  • potong kecil-kecil daging ayam dan bersihkan.
  • kisar bawang merah dan udang kering.
  • tumis bawang putih yang diketuk / ditumbuk sehingga wangi.
  • masukkan bahan kisar (bawang merah dan udang kering) dan tumis sehingga hampir garing.
  • masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  • masukkan sos tiram, kicap, sos cili dan sos tomato. gaul rata.
  • masukkan ayam dan gaul sehingga ayam separuh masak. masukkan air. masak sehingga ayam masak.
  • masukkan bahan tambahan lain seperti tauhu goreng, fish-ball, fish-cake, kerang, dll. masak sekejap selama 3-5 minit.
  • masukkan kuew teow dan sayur-sayuran. gaul rata.
  • pecahkan telur dan gaul rata. masak sehingga telur masak dan kuah sedikit kering. sedia dihidang ^_~
  • *** ini versi mee plak ^_~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN