@ ayam masak tomato

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Ayam masak merah

@ ayam masak tomato

BAHAN-BAHAN

  • ??700g ayam dipotong dan digoreng garam kunyit sehingga masak / garing
  • ??1 biji bawang besar *
  • ??1 inci halia *
  • ??3 ulas bawang putih *
  • ??1 biji tomato sederhana besar *
  • ??1 batang kulit kayu manis
  • ??2 kuntum bunga lawang
  • ??3 biji buah pelaga
  • ??3 kuntum bunga cengkih
  • ??1cm belacan
  • ??2 sudu besar cili kering dikisar
  • ??1 sudu besar sos tiram
  • ??1 sudu besar sos cili
  • ??1 sudu besar sos tomato
  • ??1 sudu besar madu
  • ??sedikit minyak untuk menumis
  • ??garam dan gula secukup rasa jika perlu
CARA PENYEDIAAN
  • kisar bahan-bahan bertanda *
  • tumbuk kasar kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih (asal pecah je)
  • tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan bahan kisar. tumis lagi sehingga agak garing.
  • masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  • masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, madu dan belacan. gaul rata.
  • masukkan ayam. gaul rata dan rasakan masin masam dan manisnya. masak sehingga kering.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN