resepi keluarga (Terengganu) turun temurun.. tak tau kenapa namenya makaroni walaupun takde makaroni pon dalam nasi ni. tapi yang pasti, memang SEDAP!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Nasi Makaroni

resepi keluarga (Terengganu) turun temurun.. tak tau kenapa namenya makaroni walaupun takde makaroni pon dalam nasi ni. tapi yang pasti, memang SEDAP!!!

BAHAN-BAHAN

  • ??6 cawan (cawan beras) beras basmathi (beras siam pon boleh)
  • ??1 ekor ayam (anggaran 1.5kg)
  • ??3 inci lengkuas *
  • ??3 inci halia *
  • ??2 sudu kecil garam *
  • ? 1 sudu besar jintan manis *
  • ? 1 sudu besar jintan putih *
  • ??1 sudu kecil lada hitam biji *
  • ??4 ulas bawang putih
  • ??4 ulas bawang merah
  • ??1 1/4 sudu besar lada hitam biji
  • ??4 kuntum bunga lawang
  • ??3 batang (2 inci) kulit kayu manis
  • ??2 labu bawang besar dipotong bulat-bulat
  • ??3 biji tomato dibelah 6
  • ??2 sudu besar susu cair
  • ??7 1/2 cawan (cawan beras) air
  • ??1 sudu besar minyak sapi / butter
  • ??2 sudu besar minyak masak
  • ??1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN
  • ayam dipotong besar kepada 6 / 8 bahagian dan dibersihkan. kelar sedikit.
  • kisar kering (tanpa air / air sedikit sahaja) bahan-bahan yang bertanda *
  • perap ayam dengan bahan kisar sekurang-kurangnya 2-3 jam (lebih sedap semalaman).
  • bakar ayam yang telah diperap sehingga masak.
  • di dalam periuk nasi, panaskan minyak dan minyak sapi / butter.
  • tumiskan bawang putih dan merah yang telah ditumbuk, lada hitam biji, bunga lawang, kulit kayu manis dan lebihan bahan perapan ayam sehingga wangi.
  • masukkan bawang besar. tumis sehingga bawang itu warna keemasan.
  • masukkan air, susu cair dan tomato.
  • bila air mendidih, masukkan beras dan letakkan garam.
  • kacau nasi apabila nak kering. selak nasi dan letakkan ayam bawah nasi.
  • pindahkan ke periuk elektrik dan masak seperti biasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN