enak dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

sambal udang/udang masak merah

enak dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih

BAHAN-BAHAN

  • udang 500 grm
  • bawang besar 3 labu*
  • bawang putih 2 ulas*
  • cili giling 2 sudu besar
  • sos cili 5 sudu besar
  • bawang besar 1/2 labu (dipotong bulat)
  • minyak masak (5-7 sudu besar)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawang putih dan bawang besar yang bertanda (*).
  • Tumiskan bawang yang telah dikisar. tunggu sehingga bawang dah bertukar warna, jadi kuning. (kalau tak masak, nanti sakit perut). Guna api yang sederhana. Biarkan kuah mendidih.
  • Masukkan cili giling, gaul rata. Sehingga kuah mendidih, kemudian campurkan sos cili, garam dan gula. Biarkan kuah mendidih.
  • Masukkan udang, gaul rata. Bila udang dah bertukar warna kepada warna merah (menandakan ia dah masak), masukkan bawang yang telah dipotong. (campur sedikit air kalau nak cairkan kuah)
  • Biarkan ia mendidih. Sedia untuk dihidang.
  • (Boleh masukkan cili atau sebarang hiasan yang lain mengikut kreativiti dan citarasa masing-masing… Selamat mencuba) (^_~)y

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN