sesuai untuk hidangan minum petang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sandwich Rangup

sesuai untuk hidangan minum petang

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket roti sandwich (tak kisah jenama apa)
  • 1 tin sardin
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar cili giling
  • 2 biji cili merah (sebiji untuk dimasak bersama sardin dan sebiji lagi untuk dicampur bersama tepung)
  • air asam jawa
  • gula dan garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • air (secukupnya untuk membancuh tepung)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Masak sardin :
    Tumis bawang besar yang dipotong dadu hingga layu dan naik bau. Masukkan cili giling, tumis sampai pecah minyak. Masukkan sardin (dengan kuahnya sekali), hirisan cili, air asam jawa, gula dan garam.
  • Hancurkan isi ikan sardin dan sapukan pada roti (seperti menyediakan sandwic).
  • Potong sandwic kepada 4.
  • Sediakan bancuhan tepung :
    Masukkan tepung dalam bekas untuk membancuh, masukkan cili hidup yang dipotong halus, gaulkan. Sediakan air secukupnya di dalam bekas lain, campurkan garam dan gula secukup rasa dan pecahkan sebiji telur, kacau. Masukkan air tadi ke dalam bekas tepung, bancuh sebati (jgn terlalu pekat atau terlalu cair), masukkan serbuk kunyit.
  • Ambil sandwic yang telah dipotong 4 tadi dan celupkan ke dalam tepung. Pastikan semua bahagian sandwic disaluti tepung supaya roti tidak terkena minyak semasa menggoreng.
  • Goreng dalam minyak yang panas hingga keemasan, toskan dan sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN