Resepi ni tak pedas. Kalau suka pedas boleh tambah cili kisar, selamat mencuba.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bawal Masak Sos

Resepi ni tak pedas. Kalau suka pedas boleh tambah cili kisar, selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor Ikan Bawal. (ikan lain pun boleh)
  • Sedikit Garam*
  • Sedikit Kunyit Serbuk*
  • 1 sudu besar Tepung Jagung*
  • 1 1/2 inci Halia Muda. (diracik halus)
  • 2 biji Tomato. (dibuang biji)**
  • 1/2 labu Bawang Besar**
  • 3 ulas Bawang Putih**
  • 3 ulas Bawang Merah**
  • 2 biji Limau Kasturi. (dibuang biji, kulit tak payah kupas)**
  • 5 sudu besar Sos Cili
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu kecil Kicap Pekat
  • 1/2 sudu kecil Lada Sulah
  • 1 sudu besar Tepung Jagung dibancuh bersama 1/2 cawan air.(jika perlu, untuk memekatkan kuah)
  • Garam, gula dan Serbuk Perasa.
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis.
  • Kisarkan bahan-bahan bertanda **
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan Ikan Bawal dan bahan bertanda*. Goreng sehingga garing.
  • Dalam kuali lain, panaskan 2 sudu besar Minyak Masak dan tumiskan Halia Muda yang diracik sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang dikisar, kacau hingga sebati.
  • Masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram, Kicap Pekat dan Lada Sulah. Kacau sehingga masak.
  • Akhir sekali, masukkan air tepung jagung (jika perlu), garam, gula dan serbuk perasa. Jika suka masukkan 1/2 labu baki Bawang Besar tadi yang dihiris bulat.
  • ~ bila dah siap curahkan kuah tadi ke atas ikan yang dah digoreng. Sedia untuk dihidang.~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN