resipi makanan ala2 cina. blaja dr ibu kesayangan. sape yang xsuka pedas or suka makanan cina, u better try this!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Jepun masak Kicap + telur

resipi makanan ala2 cina. blaja dr ibu kesayangan. sape yang xsuka pedas or suka makanan cina, u better try this!

BAHAN-BAHAN

  • 2 tauhu telur
  • 2 keping cendawan kering – dipotong panjang2
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 5 sudu besar kicap cair
  • setengah cawan air
  • 2 sudu kecil tepung jagung – klu nak pekat lg kuahnye, leh tambah lagi
  • 2 biji telur – dipukul
  • secubit garam n gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • potong tauhu lebih kurang 2 inci setiapnyer
  • goreng tauhu dengan minyak panas. tapi, jangan letak tauhu sekaligus byk sebab nanti susah nak balikkan tauhu tu..
  • bila tauhu dah agak kekuningan, angkat dan ketepikan.. saya suka tauhu ni kurang garing, sebab bila makan ia x kering sangat
  • buang sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng tauhu tadi. kemudian tumiskan bawang putih yang telah diketuk
  • bila sudah naik bau, masukkan cendawan. kacau sebentar. kemudian, masukkan kicap cair dan kicap manis yang telah digaul rata dengan air terlebih dahulu. biarkan ia mendidih
  • kemudian, masukkan tepung jagung (make sure tepung jagung dah digaul rata dengan air terlebih dahulu).
  • masukkan garam dan gula secukupnyer
  • biarkan kuah jadi pekat sedikit. bila dah pekat, masukkan tauhu yang digoreng tadi.gaul rata..
  • telur dipukul (bab ni kena buat cpt2 sikit). curahkan telur disekeliling kuali. biarkan telur seketika dalam 5 saat (jgn kacau). matikan api. biarkan telur masak tanpa api.. masa ni baru boleh kacau, tp jgn kacau sikit2 je..untuk mengelakkan telur itu terlalu hancur dan tidak berurat.
  • siap! sedap dimakan bersama nasi putih

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN