Untuk yang nak simple dan sedap. Boleh dimakan dengan nasi kosong, nasi lemak, or bubur nasi.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan bilis goreng simple
Untuk yang nak simple dan sedap. Boleh dimakan dengan nasi kosong, nasi lemak, or bubur nasi.
BAHAN-BAHAN
- 3-4 genggam ikan bilis yang telah dikopek
- 5-6 biji bawang putih
- 2-3 inci halia
- 1-2 biji bawang besar
- 6-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan), boleh ganti dengan cili kering jika mahu
- 1 genggam kacang tanah (optional)
- Minyak untuk menggoreng
- Kicap manis (optional)
CARA PENYEDIAAN
- Potong kesemua bawang dan cili, nak sedap potong halus, kalau malas potonglah ikut cane gaya pun jangan masuk yang tak potong sudah.
- Basuh ikan bilis dan kacang tanah. Toskan dan ketepikan
- Panaskan minyak. Minyak agak-agak dalam suku cawan.
- Goreng bawang putih, halia, dan cili dahulu sehingga hendak garing, angkat. Kacang digoreng seketika jangan sampai hangus.
- Goreng ikan bilis sehingga separuh garing kemudian masukkan bawang besar dan goreng lagi sehingga mula layu.
- Masukkan semula bawang, cili dan kacang yang telah digoreng. Boleh letak sedikit kicap jika mahu.
- Sedia dihidang dan makan bersama nasi panas dengan telur goreng or bubur nasi kosong. Cepat, mudah, dan menyelarakan, selamat memasak
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.