dessert table

Dessert table kini menjadi salah satu tarikan utama dalam apa sahaja majlis, sama ada majlis perkahwinan, sambutan hari lahir atau majlis korporat.

Bila tetamu sampai, meja pencuci mulut yang cantik dan kreatif bukan sahaja memikat mata tetapi juga membuat mereka teruja untuk mengambil gambar.

Dengan sedikit kreativiti dan tip praktikal, sesiapa pun boleh hasilkan dessert table yang bukan sahaja cantik tetapi juga kemas.

Tak kira sama ada tema yang ingin dihasilkan glam, rustic atau minimalis, artikel ini memberi idea dekorasi dessert table yang mudah diikuti, tapi hasilnya tetap wow dan Instagrammable.

Baca juga: Tak Perlu Guna Buluh, Ini Cara DIY Lemang Guna Cawan Kertas Yang Tetap Sedap & Lemak Berkrim!

TIP DEKORASI DESSERT TABLE

1. Pilih Tema & Warna

Mulakan dengan tema dan warna majlis. Contohnya, tema pastel untuk baby shower, gold & white untuk majlis perkahwinan atau neon untuk birthday party.

2. Fokus Pada Pusat Tarikan (Centerpiece)

Setiap dessert table perlukan focal point. Ia boleh berupa bunga segar, kek utama atau props menarik seperti balon, lampu fairy lights atau papan tanda kecil dengan nama tema majlis.

3. Pilih Jenis Dessert

Sumber gambar: Noor Baizura

Susun pelbagai dessert dengan variasi tinggi-rendah untuk efek visual. Contohnya, kek di tengah, cupcakes, macarons, coklat dan cookies di sekeliling. Gunakan platter, tray atau tiered stand untuk beri dimensi.

4. Gunakan Props Kreatif

dessert table

Sumber gambar: Puan Eha

Props kecil seperti papan chalkboard, vase kaca, frame mini atau kain satin boleh buat dessert table lebih classy. Elakkan terlalu banyak props sehingga mengganggu ruang untuk dessert.

5. Susun Tinggi & Rendah

dessert table

Sumber gambar: Siti Nor Farahin

Untuk hasil visual yang menarik, gunakan stand berbeza ketinggian. Kek atau cake di tengah, manisan kecil di stand rendah atau tengah meja. Ini membuat mata tetamu bergerak melihat semua dessert.

6. Pastikan Akses Mudah

Susun dessert supaya tetamu mudah capai tanpa ganggu dekorasi. Elakkan letak dessert terlalu rapat, bagi ruang untuk ambil gambar dan ambil makanan.

Baca juga: Cara Setup Air Balang Raya Sendiri Dengan Kreatif, Jimat Kos Tapi Nampak Eksklusif & Cantik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN