sajer cuba pelbagaikan…asik sambal sardin ker… ok gaklah bila dah masak..nak cube? ade berani..? he he….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sardin Kicap BlackPepper

sajer cuba pelbagaikan…asik sambal sardin ker… ok gaklah bila dah masak..nak cube? ade berani..? he he….

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin besar sardin
  • 3 biji ubi kentang-di kupas dan di potong 4
  • 1 biji bawang besar-di hiris
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau- dipotong kecil.
  • suku cawan air asam jawa
  • 2 sudu teh lada hitam kasar
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan cili kisar
  • minyak untuk menumis dan garam secukup rasa.
  • BAHAN KISAR:
  • 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia-dikisar kering.
  • *boleh tambah tomato yang dibelah-belah jika suka.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar hingga naik bau dan kekuningan.
  • Tumiskan cili kisar hingga terbit minyak dan garing.
  • Masukkan air asam jawa, kicap, lada hitam dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih. Masukkan pula kentang, gaul sedikit dan biarkan empuk.
  • Setelah kentang empuk, masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama cili merah dan cili hijau yang telah dipotong kecil. Biarkan hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan sardin dan jika suka bolehlah masukkan tomato yang dibelah-belah. Biarkan mendidih.
  • Rasa sedikit …dah cukup rasa hidangkan dgn nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN