Resepi yg sgt senang…juadah minum ptg kami adik beradik skrg dah jadi juadah keluarga masing2…mak yg ajar buat nih..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cekodok Sayur

Resepi yg sgt senang…juadah minum ptg kami adik beradik skrg dah jadi juadah keluarga masing2…mak yg ajar buat nih..

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg tepung gandum
  • seikat daun kucai (biasanya RM 1.00)
  • 250 g taugeh
  • Secubit bikarbonat soda
  • Garam secukup rasa
  • Secawan air panas dan air sejuk secukupnya.
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • Kuah Asam:
  • 10 biji cili merah dipotong kecil dan 3 ulas bawang putih dikisar dgn air sama paras dgn bahan tadi.
  • Sediakan secawan air asam jawa dan 3 keping asam gelugur.
  • Masukkan bahan kisar dan air asam jawa ke dalam periuk kecil. Jerangkan sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula serta asam gelugur biarkan mendidhih untuk 5 minit.
  • Rasa sedikit kalau dah cukup rasa dah sesuai dgn citarasa..bolehlah padamkan api dan sejukkan untuk di makan dgn cekodok….tauhu sumbat pun boleh…!
CARA PENYEDIAAN
  • Daun kucai dikerat-kerat kecil, taugeh di ramas sedikit supaya patah-patah. Rendam kedua-duanya dalam air sebentar.
  • Masukkan 3 sudu kecil garam ke dalam secawan air panas kacau sedikit supaya larut. Masukkan kedalam lebih kurang 1 litre air sejuk.
  • Dalam sebuah mangkuk, masukkan tepung gandum dan air tadi. Kacau sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan bikarbonat soda kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan sayur kucai dan taugeh, kacau lagi sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dlm kuali. Sendukkan adunan dengan sudu dan goreng sehingga masak.
  • Bila dah masak bolehlah dihidangkan panas dicicah pulak dengan kuah asam.
  • Kalau sudi boleh la cuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN