sakit perut

Pernahkah anda tiba-tiba rasa sakit perut yang luar biasa selepas menjamah hidangan baki semalam? Ramai yang menyangka peti sejuk adalah “kebal” daripada kuman, namun hakikatnya terdapat beberapa jenis bahan makanan harian yang akan mula membiak bakteria berbahaya jika dibiarkan lebih daripada 24 jam.

Keadaan ini sering berlaku kerana kita terlepas pandang sifat semula jadi makanan tersebut yang sangat sensitif terhadap perubahan suhu. Sebaik sahaja kulit pelindung dibuang atau makanan tersebut dimasak, “jam jangka hayat” mereka mula berdetak dengan pantas sebelum kualitinya merosot sepenuhnya.

Jangan biarkan hidangan kegemaran anda bertukar menjadi punca masalah kesihatan buat keluarga tercinta. Jom kita semak senarai 18 jenis makanan yang rupanya sangat bahaya untuk disimpan lama dan perlu dihabiskan dalam masa sehari sahaja!

Baca juga: Jangan Makan Kalau Nampak Telur Ada ‘Berkilau Jernih’, Ini Kesannya Kalau Masuk Dalam Badan!

17 MAKANAN TAK BOLEH SIMPAN LEBIH SEHARI, BOLEH JADI PUNCA SAKIT PERUT

sakit perut

1. Tembikai Potong

Tembikai yang sudah dipotong sangat sensitif. Tanpa kulitnya sebagai pelindung, isi akan berair dan menjadi “taman tema” untuk bakteria membiak, lebih-lebih lagi jika dibiarkan pada suhu bilik. Pastikan simpan dalam bekas bertutup di peti sejuk dan habiskan dalam masa 24 jam!

2. Nasi Sejuk

Ramai yang suka simpan nasi lebihan untuk buat nasi goreng esoknya, kan? Tapi hati-hati, spora Bacillus cereus dalam nasi boleh bertahan walaupun selepas dimasak dan membiak laju pada suhu bilik. Sebaiknya, habiskan nasi dalam masa sehari saja untuk elak sakit perut.

3. Cendawan Segar

Cendawan mempunyai kandungan air yang tinggi. Kalau anda perasan teksturnya sudah mula berlendir, ada bintik hitam atau bau masam, itu tandanya ia sudah rosak. Jadi, lebih baik simpan dalam beg kertas berbanding beg plastik.

4. Mayonis Buatan Sendiri

Berbeza dengan mayonis kedai yang ada pengawet, mayonis homemade menggunakan telur mentah. Selepas 24 jam, risiko jangkitan Salmonella sangat tinggi. Jadi, buat dalam kuantiti kecil untuk sekali makan saja.

5. Tauge

Tauge adalah antara sayuran paling “manja”. Suasana lembap tempat ia tumbuh menjadikannya magnet bakteria. Kalau dah mula berlendir dan berbau hapak, terus buang!

6. Isi Fillet Ikan

Ikan segar tak boleh tunggu lama. Enzim dan bakteria mula merosakkan isi ikan sebaik saja ia keluar dari air. Kalau dah berbau hanyir yang kuat atau isinya lembik, jangan ambil risiko. Masak dalam tempoh 24 jam selepas beli.

7. Jus Buah Perahan Segar

Jus yang diperas sendiri tanpa pengawet akan mula bertukar masam (proses fermentasi) dalam masa beberapa jam saja. Minum segera untuk dapatkan khasiat maksimum sebelum ia bertukar menjadi “gas”.

8. Keju Lembut (Soft Cheese)

Keju seperti Brie atau Camembert mempunyai kelembapan tinggi. Sebaik saja bungkusan dibuka, ia cepat rosak. Kalau tercium bau hancing, maknanya kualiti keju tersebut sudah merosot.

9. Salad Berdaun (Sudah Digaul Sos)

Sayur salad yang sudah dicampur dengan dressing akan layu sepantas kilat kerana asid dalam sos memecahkan sel daun. Bakteria juga sangat suka persekitaran lembap ini. Jangan simpan lebihan salad semalaman!

10. Avokado Ranum

Cari avokado yang “ngam-ngam” masak memang susah, tapi bila dah dapat, ia cepat sangat lembek dan hitam (oksidasi). Habiskan guacamole atau potongan avokado anda pada hari yang sama.

11. Makanan Laut Dimasak

Udang atau ketam yang dah dimasak jangan disimpan terlalu lama. Protein halus dalam makanan laut mudah pecah dan menjadi tempat pembiakan bakteria yang seringkali tidak mengeluarkan bau busuk, tapi tetap bahaya.

12. Daging Kisar

Proses mengisar daging mendedahkan lebih banyak permukaan daging kepada oksigen dan bakteria. Daging kisar cepat berubah warna jadi kelabu dan berbau. Masak atau bekukan terus dalam tempoh 24 jam.

13. Minyak Bawang Putih (Homemade)

Garlic oil buatan sendiri boleh mengundang bakteria Botulism yang berbahaya jika disimpan lama pada suhu bilik. Tanpa bahan pengawet komersial, minyak ini wajib disimpan dalam peti sejuk dan digunakan segera.

14. Pasta Yang Dah Dimasak

Pasta yang lembap dan berkanji adalah tempat kegemaran bakteria. Selepas sehari, pasta biasanya akan jadi berlendir dan rasanya berubah. Paling selamat, masak ikut kuantiti yang mahu dimakan saja.

15. Kentang Yang Dikupas/Dipotong

Pernah potong kentang dan setelah dibiarkan seketia, ia bertukar jadi hitam? Itu adalah proses oksidasi. Kentang yang sudah dikupas juga mudah berlendir jika dibiarkan. Jika perlu sedia awal, rendam dalam air sejuk, tapi jangan simpan lebih dari sehari.

16. Susu Formula Yang Dah Dibancuh

Peringatan buat ibu bapa! Susu formula yang sudah dibancuh hanya tahan 1 jam pada suhu bilik atau 24 jam di dalam peti sejuk. Jangan ambil risiko beri anak susu lebihan lama kerana perut bayi sangat sensitif.

17. Sushi Ikan Mentah

Jangan sesekali makan sushi ikan mentah (Sashimi) baki semalam! Ikan mentah yang sudah dipotong kehilangan kesegaran dengan sangat cepat. Nikmati sushi anda segar-segar, barulah berbaloi!

Sumber: Chef Standards

Baca juga: 10 Barang Rumah Ini Bahaya Kalau Letak Atas Peti Ais, No.8 Paling Ramai Kumpul!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN