resepi rekaan sendiri
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Daging black pepper simple
resepi rekaan sendiri
BAHAN-BAHAN
- Daging 1/2 kg(potong halus dan memanjang kemudian rebuskan sampai empuk.
- lada hitam 3 sudu besar
- bawang putih 5 ulas
- Halia 2 cm potong bulat dan halus
- Sos tiram 4 sudu besar
- Bawang besar 1 biji hiris bulat
- daun bawang agak sendiri
- tepung jagung 2 sudu bancuh dgn 1 cwn air
- 3 sudu minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk lada hitam bersama bawang putih sehingga halus
- Panaskan minyak ,tumis lada hitam yang telah ditumbuk bersama bwg putih tadi hingga garing
- masukkan halia dan kemudian sos tiram
- Masukkan air tepung jagung ,kacau rata.kemudian masukkan daging.biar daging agak sebati dengan campuran kuah.kepekatan bergantung kepada kehendak masing2.
- jika hendak menambahkan kuah atau kepekatanye,cuma tambahkan lebih tepung jagung atau air
- perlahankan api,masukkan bawang besar dan daun bawang.sesiapa yg nak lg pedas boleh tambah hirisan cili padi disini.kacau rata.Dan sedia untuk dihidangkan.
- Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih
- garam tidak diperlukan kerana sos tiram sudah masin.jika rasa tawar boleh tambah sedikit garam.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.