
Kerepek ngaku atau arrowhead chips memang terkenal setahun sekali, biasanya muncul semasa perayaan Tahun Baru Cina. Rasanya unik, lemak manis dan rangup sampai susah nak berhenti bila dah mula makan. Kalau anda tertanya-tanya cara buat kerepek ngaku, resipi mudah ini boleh bantu anda cuba sendiri di rumah.
Kalau nak snek mudah dan sedap untuk keluarga, resipi ini sesuai dijadikan hidangan perayaan atau dijadikan cenderahati. Dengan 3 bahan saja, anda boleh dapatkan kerepek yang rangup dan ketagih setiap kali makan.
Baca juga: Resepi Kerepek Peria Rangup Tanpa Rasa Pahit, Bahan Mudah, Sedap & Confirm Tak Stop Makan!
CARA BUAT KEREPEK NGAKU

Bahan-bahan:
- 500g ngaku / arrowhead
- 1 sudu kecil garam
- Minyak masak secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Kupas dan rendam ngaku dalam air untuk elak cepat gelap.
2. Basuh bersih dan toskan air.
3. Panaskan minyak betul-betul panas supaya ngaku tidak melekat.
4. Sagat atau hiris ngaku, masukkan ke dalam minyak panas, goreng api sederhana hingga kekuningan dan rangup.
5. Bancuh garam dengan sedikit air, tuang ke ngaku goreng panas. Kacau hingga bunyi berdesir hilang.
6. Toskan minyak, biarkan sejuk sepenuhnya sebelum simpan dalam balang.
Tips Kerepek Ngaku Rangup
- Pastikan minyak cukup panas untuk hasil kerepek rangup sempurna.
- Goreng sedikit demi sedikit supaya ngaku tidak melekat.
- Biarkan kerepek sejuk sepenuhnya sebelum simpan untuk kekal rangup.
Dengan resupi ini, kerepek ngaku anda akan menjadi snek kegemaran keluarga. Rangup, lemak manis, dan mudah dibuat, sesuai untuk disimpan dalam balang atau dijadikan cenderahati perayaan. Jangan lupa cuba teknik goreng dan bancuhan garam supaya hasilnya sempurna setiap kali!
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Kerepek Pisang Gula, Petua Orang Lama Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Lebih Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














