barang rumah

Ramai tak sedar, bahagian atas peti ais sering dijadikan tempat “menumpang” barang rumah. Nampak praktikal, tapi sebenarnya ada beberapa barangan yang langsung tak sesuai diletakkan di situ.

Haba yang terhasil daripada peti sejuk boleh menjejaskan kualiti barang, membahayakan keselamatan dan dalam jangka panjang, merosakkan fungsi peti ais itu sendiri.

Tanpa disedari, mungkin rumah anda juga menyimpan antara senarai barang ini di atas peti ais. Kalau ya, elok ubah tabiat sekarang sebelum mendatangkan risiko yang tak diingini.

Baca juga: Rahsia Dapur Tak Jadi ‘Tempat Lepak’ Lalat, Petua Berkesan Guna Bahan Semula Jadi!

JANGAN LETAK 10 BARANG RUMAH INI DI ATAS PETI AIS

barang rumah

1. Minyak masak

Minyak mudah terjejas dengan haba. Suhu panas dari bahagian atas peti ais boleh mempercepatkan proses pengoksidaan, membuatkan minyak cepat tengik dan menjejaskan rasa masakan.

2. Roti

Menyimpan roti di kawasan panas boleh menyebabkan wap terperangkap dalam bungkusan. Keadaan ini mempercepatkan pertumbuhan kulat dan menjadikan roti cepat rosak.

3. Keropok dan snek rangup

Haba akan menyebabkan keropok hilang kerangupan. Minyak dalam snek juga boleh rosak, menjadikan rasanya pahit dan kurang sedap dimakan.

4. Minuman beralkohol

Bagi yang menyimpan minuman ini, haba berterusan boleh mengubah rasa serta menjejaskan kualiti minuman dalam botol, terutamanya jika disimpan lama.

5. Bahan pencuci dan aerosol

Cecair pencuci, peluntur atau semburan aerosol tidak sesuai terdedah kepada haba. Tekanan dalam bekas boleh meningkat dan berisiko menyebabkan kebocoran atau letupan kecil.

6. Barangan berat

Periuk nasi, bekas air atau susunan buku yang berat boleh merosakkan permukaan peti ais. Lebih berbahaya, ia berisiko terjatuh dan mencederakan penghuni rumah.

7. Ketuhar gelombang mikro dan pembakar roti

Peralatan ini menghasilkan haba sendiri dan memerlukan pengudaraan yang baik. Diletakkan di atas peti ais boleh menyebabkan kedua-duanya cepat rosak dan berisiko panas berlebihan.

8. Bekas plastik kosong

Walaupun ringan, bekas plastik boleh berubah bentuk, melengkung atau retak akibat haba, terutama plastik berkualiti rendah.

9. Barang mudah terbakar

Lilin, pemetik api atau bahan kimia mudah terbakar tidak wajar diletakkan berhampiran sumber haba. Risiko kebakaran boleh berlaku tanpa disedari.

10. Ubat-ubatan

Kebanyakan ubat memerlukan suhu simpanan yang stabil. Haba dari peti ais boleh menjejaskan keberkesanan ubat dan membahayakan kesihatan jika terus diambil.

Sumber: SirapLimau

Baca juga: Cara Halau Semut Di Dapur Guna Bahan Semula Jadi, Tak Perlu Pakai Spray Racun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN