pajeri jantung pisang

Pajeri jantung pisang merupakan salah satu hidangan tradisional Melayu yang kaya dengan rasa rempah dan santan. Rasanya pedas manis, wangi dan sangat sesuai dijadikan lauk sampingan bersama ikan masin.

Walaupun nampak rumit, sebenarnya resipi ini sangat mudah diikuti dan hasilnya pasti membuatkan keluarga makan dengan berselera.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah demi langkah cara menyediakan pajeri jantung pisang agar hasilnya secukup rasa. Sesuai untuk yang baru belajar memasak atau ingin cuba hidangan tradisional klasik.

Baca juga: Tip Rebus Jantung Pisang Supaya Putih Bersih & Tiada Birat Hitam, Dijamin Berkesan!

RESEPI PAJERI JANTUNG PISANG

pajeri jantung pisang

Bahan-bahan:

  • Rempah 4 sekawan
  • Hirisan bawang merah
  • 1 tangkai daun kari
  • Halia
  • Bawang putih
  • Udang kering
  • 3 sudu makan rempah daging
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu makan kerisik
  • Jantung pisang
  • Sedikit santan pekat

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan diikuti dengan hirisan bawang merah dan 1 tangkai daun kari.
  2. Tumis sehingga bau harum, kemudian masukkan halia, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk bersama.
  3. Bila tumisan dah nampak garing, masukkan pula campuran rempah daging dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. Tambah lagi air supaya rempah tidak hangus.
  5. Masak rempah sampai masak atau naik minyak sikit.
  6. Tambah serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa dan sesuai selera.
  7. Kacau rata semua bahan dan masak lagi seminit dua.
  8. Kemudian, tambahkan air. Kalau suka berkuah, lebihkan kuantiti air.
  9. Masukkan kerisik, kacau sebati dan biarkan mendidih.
  10. Bila dah mendidih, masukkan jantung pisang yang telah direbus sehingga empuk.
  11. Akhir sekali, masukkan sedikit santan pekat. Tak perlu masak lama sebab jantung pisang sudah direbus sebelumnya.
  12. Masak sekejap saja. Selepas seminit dua, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Pajeri jantung pisang ini sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan masin. Tak perlu banyak lauk, ada satu ini pun dah cukup berselera dibuatnya.

Sumber: Instagram @dapurkakemma

Baca juga: Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Ubi, Menu Orang Dulu-dulu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN