air asam belimbing

Air asam belimbing memang antara pencicah ringkas yang tak pernah mengecewakan. Rasanya yang masam, pedas dan sedikit manis sangat sesuai digandingkan dengan ikan goreng, ulam-ulaman atau dijadikan pembuka selera waktu makan tengah hari.

Menariknya, menu ini tak perlukan bahan yang rumit. Dengan gabungan belimbing segar, bawang, tomato dan bahan kisar yang ringkas, dah boleh hasilkan air asam yang cukup seimbang rasanya.

Baca juga: Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Empuk, Resipi Lengkap Dengan Sambal Air Asam Kerisik

RESIPI AIR ASAM BELIMBING

air asam belimbing

Bahan-bahan:

  • Bawang merah (hiris nipis)
  • Tomato (potong wedges)
  • Belimbing (potong kecil)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar cili, belacan dan air asam jawa sehingga halus. Tuangkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan bawang merah hiris, tomato dan belimbing yang telah dipotong kecil.
  3. Gaul rata semua bahan sehingga sebati.
  4. Perasakan dengan gula dan garam mengikut cita rasa.
  5. Biarkan seketika supaya rasa lebih mesra sebelum dihidangkan.

Air asam ini paling sedap dihidangkan segar dan boleh disimpan seketika di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan. Sesuai dimakan bersama ikan goreng panas-panas atau ulam kegemaran.

Sumber resipi dan gambar: Mohd Zulfadhli Khobin

Baca juga: Resipi Daging Air Asam Yang Lembut, Rasa Pedas Masam & Confirm Menggiurkan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN