
Makanan dalam tin memang mudah disimpan dan sesuai untuk stok kecemasan, dari susu pekat, tuna, sardin hingga jagung.
Tapi, cara simpan selepas dibuka boleh menjejaskan rasa, bau dan keselamatan makanan. Kalau salah simpan, makanan boleh cepat rosak atau bertindak balas dengan tin asal.
Jadi, penting tahu cara mudah untuk kekalkan kualiti dan keselamatan. Dengan beberapa tip ringkas, makanan bertin boleh kekal sedap dan selamat dimakan tanpa membazir.
Baca juga: 7 Petua Kurangkan Pedas Masakan Yang Terlalu ‘Menyengat’, Tip No. 3 Paling Menjadi!
TIP SIMPAN MAKANAN DALAM TIN YANG SUDAH DIBUK

1. Habiskan segera
Makanan tin yang telah dibuka perlu habiskan secepat mungkin. Jangan biarkan terlalu lama kerana ia mudah rosak.
2. Jangan simpan dalam tin asal
Elakkan menyimpan makanan yang sudah dibuka terus dalam tin di dalam peti sejuk. Tin boleh bertindak balas dengan makanan, mengubah rasa dan bau.
3. Pindahkan ke bekas bertutup
Jika perlu simpan, alihkan makanan ke dalam bekas kedap udara atau bertutup rapat sebelum dimasukkan ke peti sejuk. Ini membantu mengekalkan rasa dan keselamatan makanan.
Contoh makanan tin:
- Susu pekat
- Tuna
- Sardin
- Jagung
- Lain-lain
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Baca juga: 5 Tip Supaya Telur Rebus Tak Retak Dan Mudah Dikupas, Teknik No. 3 Paling Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














