cam biasa…out of idea nak masak..tengok apa yang ada…kentang banyak lagi…dlm fridge pulak ade bebola sotong..gabung jer la…dan inilah hasilnya..cam sambal kentang cuma tambah bebola sotong dgn cili hijau..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Kentang Bebola Sotong

cam biasa…out of idea nak masak..tengok apa yang ada…kentang banyak lagi…dlm fridge pulak ade bebola sotong..gabung jer la…dan inilah hasilnya..cam sambal kentang cuma tambah bebola sotong dgn cili hijau..

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji ubi kentang
  • 10 biji bebola sotong (belah 4)
  • Secawan ikan bilis
  • 3 biji bawang merah (shallots)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-6 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili hijau.
  • Minyak secukupnya
  • Setengah cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas kulit kentang, hiris memanjang bentuk wedges tapi nipis. rendam sekejap.
  • Cuci sedikit ikan bilis dan toskan.
  • Hiris bulat2 dan nipis bawang besar dan cili hijau.
  • Tumbuk atau kisar bawang merah dan bawang putih.
  • Panaskan minyak lebih kurang 2 cawan. Gorengkan kentang sampai habis dan ketepikan.
  • Goreng kan bebola sotong sampai sedikit kembang.
  • Kalau minyak masih banyak keluarkan dan tinggalkan untuk lebih kurang dalam 4-5 sudu besar dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. angkat ketepikan.
  • Minyak baki goreng ikan bilis tadi guna terus untuk menumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar hingga garing dan naik bau..
  • Masukkan cili kisar tumis lagi hingga garing dan masukkan bawang besar serta cili hijau yang telah di hiris nipis. Kacau bagi rata dan masukkan setengah cawan air. Biarkan kering sedikit tapi selalu kacau supaya tak lekat.
  • Akhir sekali masukkan semua bahan yang telah digoreng dan gaul semuanya hingga rata masukkan garam secukup rasa gaul lagi hingga sebati…
  • Biarkan sebentar, taburkan sedikit gula dan kacau lagi.
  • Siap masak hidangkan …sedap makan dgn nasi panas atau roti..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN