balik dari last min shopping for mya school stuff td, balik agak lewat so..nasi dah siap masak sblm kuar tadi..nak cpt nasi goreng ler jwbnya dgn bahan2 yg ade dlm fridge…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng goldenmanja….

balik dari last min shopping for mya school stuff td, balik agak lewat so..nasi dah siap masak sblm kuar tadi..nak cpt nasi goreng ler jwbnya dgn bahan2 yg ade dlm fridge…

BAHAN-BAHAN

  • 4 mangkuk nasi
  • 3 biji bawang merah (shallots)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah (sedang)
  • 3 keping isi ayam (chicken fillet)
  • 5 biji sotong ball (di belah 4)
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 paket perencah nasi goreng (apa2 yg ada…saya guna nasi goreng ayam)
  • garam secukup rasa dan minyak untuk menumis
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Hiris-hiriskan isi ayam, belah-belah bebola sotong dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan kicap manis, sos tiram,serbuk kari, lada hitam dan perencah nasi goreng berserta perahan sebiji limau kasturi tanpa biji.
  • Gaulkan semuanya hingga sebati dan perapkan untuk seketika….
  • Kacang panjang di potong kecil dan lobak merah pula buang kulit dan didadu. Rendam lima minit dlm air dan toskan.
  • Tumbuk atau kisar bawang merah dan bawang putih.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan agak kekuningan.
  • Masukkan ayam yang diperap tadi dan kacau hingga rata dan biarkan sebentar. (5 minit)
  • Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Tutup dan biarkan 5 minit.
  • Buka penutup dan kacau lagi …Masukkan nasi dan gaul semuanya sehingga sebati. biarkan untuk 5 minit lagi.
  • Kacau lagi nasi goreng tadi hingga betul-betul sebati, tiada nasi yang berketul..dan bila angkat sikit atas sudip nampak berasap..mak saya pesan cukup masak lah tu…
  • hidangkan dgn taburan bawang goreng….
    kalau sudi nak cuba silakan….

    :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN