Ringkas sangat2!! Sedapppp!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Percik

Ringkas sangat2!! Sedapppp!!

BAHAN-BAHAN

  • 10 ekor udang besar
  • 4 ulas bawang merah besar (lebihkan sikit)
  • 2 cm halia (jgn terlalu banyak)
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • gula & garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan udang.
  • Kisar bawang merah, halia, cili boh, ketumbar, garam, gula. (Kisar tanpa air).
  • Bahagi bahan kisar kepada 2 bahagian. Separuh untuk perap udang, separuh lagi untuk dijadikan kuah percik.
  • Perap udang dengan bahan kisar beberapa minit. Cucuk udang pada lidi untuk menyenangkan proses membakar. Ketepikan
  • Masukkan bahan kisar ke dalam santan pekat. Masak sehingga pekat. Tambah garam dan gula jika perlu.
  • Bakar udang separuh masak. Kemudian siramkan kuah percik ke atas udang dan bakar lagi. Ulang proses ini 3-4 kali.
  • Udang percik sedia dihidang bersama nasi panas. Terangkat!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN