kek keju yang x perlu di masak….lepas siap terus simpan dalam peti sejuk. selepas 3 jam boleh potong…tapi kena pastikan peti sejuk 2 betul2 sejuk..jangan pulak simpan kat tempat sejukbeku..kang x leh nak potong…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Keju Blueberi

kek keju yang x perlu di masak….lepas siap terus simpan dalam peti sejuk. selepas 3 jam boleh potong…tapi kena pastikan peti sejuk 2 betul2 sejuk..jangan pulak simpan kat tempat sejukbeku..kang x leh nak potong…

BAHAN-BAHAN

  • Bahan (A)
    150 gm biskut coklat dihancurkan
    60 gm mentega di cairkan
  • Bahan (B)
    20 gm gelatin
    60 ml air suam
  • Bahan (C)
    4 biji kuning telur
    150 gm gula kastor

  • Bahan (D)
    150 ml susu segar
  • Bahan (E)
    250 kim keju
    250 gm krim putar
    10 ml jus lemon dan
    Bluberi
CARA PENYEDIAAN
  • Hancurkan biskut hingga betul2 hancur dan masukkan mentega cair(gaul rata). Tekan sekata di dalam acuan sejukkan di dalam tempat ais.
  • Larutkan bahan (B) dan ketepikan
  • Pukul bahan (C) hingga lembut berkrim
  • Panaskan bahan (D) pada suhu 80’C dan kacau jangan sampai mendidih.Perlahankan api dan tuangkan bahan (C) kacau dan naikan api semula pada suhu 80’C. Campurkan bahan (B) hingga sebati. Tutup api dan kacau hingga menyejuk. Ketepikan dahulu
  • Pukul krim hingga kembang. Masukkan krim putar ke bahan no 4 dan gaul sekata
  • Tuangkan bancuhan ke dalam acuan yang sudah di sediakan . Hias dengan blueberi di bahagian atas. Sejukkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihidang
  • Selamat mencuba….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN