Resepi anak perempuan hamba…dia soh masukan kat sini….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal udang bertelor

Resepi anak perempuan hamba…dia soh masukan kat sini….

BAHAN-BAHAN

  • 300gm udang segar yang agak2 besar gitu..
  • —-bahan2 dikisar @ ditumbuk—-
  • 4 ulas bawang putih.
  • 6 ulas bawang merah.
  • 4 sudu besar cili kering yang digiling.
  • 3 batang serai segar(ambil bahagian yang tengah-lembut).
  • 1 cawan air.
  • ——-lain lain bahan———-
  • 3 biji telor.
  • Garam, 2 sudu gula, bahan perasa, 1 keping asam.
  • Minyak untuk menumis.
CARA PENYEDIAAN
  • Ini adalah cara anak hamba masak sebab die takut minyak memercik dan bau cili bila ditumis…bolih diikut atau guna je cara biasa yang sepatutnya…
  • Masukan minyak untuk menumis kedalam kuali begitu jugak dengan semua bahan2 yang sudah dikisar atau ditumbuk berserta air dan hidupkan api -sederhana.
  • Kacau perlahan lahan sehingga bahan tumis tadi agak kering – terbit minyak. Masukan garam gula, bahan perasa dan asam keping.
  • Masukan udang, kacau sekejap dan pecahkan telor kedalam dan kacau sebati…biar hancur telor sehingga semua agak2 kering atau ikut citarasa tuan2 hamba.
  • Bolih lah dihidangkan dengan nasi panas. Terus terang hamba katakan yang hamba tidak berapa suka, akan tetapi kedua2 anak hamba siap menambah kalau makan…selera budak2 kot…mungkin jugak anak2 tuan2 hamba berkenan cara ini.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN